Wednesday, January 7, 2009

Kehebatan Gelombang Perubahan GMUKM mula digeruni lawan...

Tinggal 3 hari untuk penamaan, 4 orang peserta bengkel kepimpinan bakal calon, A'Famosa Resort telah dipanggil oleh pengetua KTHO dalam satu perjumpaan lewat tengah malam yang dihadiri bersama felo-felo. Pertemuan yang diadakan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan mental kepada bakal calon GMUKM yang akan menghadapi Hari Penamaan pada pagi ini, Khamis, 8 Januari 2009.

Semalam, jentera aspirasi di kolej pendeta Za'aba dilaporkan membuat sentri untuk menjaga keselamatan kolej mereka daripada ditembusi jentera GMUKM. Kolej Burhan juga tidak ketinggalan dengan memasang Kamera Litar Bersepadu CCTV di beberapa tempat untuk memberikan tekanan kepada usaha kempen GMUKM. Lebih mendukacitakan warga kampus, khususnya di kalangan Mahasiswa/i kolej burhan, mereka dihalang daripada memakai pakaian bewarna ungu, hijau dan oren pada hari ini, sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyekat gelombang perubahan yang ingin dibawa oleh Mahasiswa semasa hari penamaan ini.

Sehubungan itu, Pemimpin GMUKM, Sdr Affandi mengajak seluruh Mahasiswa/i UKM untuk turun menyaksikan penamaan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kampus pada kali ini. Penamaan akan diadakan secara berasingan, bagi calon umum, Penamaan akan berjalan di Pusanika, sementara Fakulti-fakulti menjadi lokasi penamaan bagi calon kawasan fakulti masing-masing.

Beliau, yang juga bakal bertanding dalam pilihanraya kampus pada kali ini, menyeru sekali lagi kepada seluruh Mahasiswa, bahawa Pilihanraya Kampus ini adalah milik dan hak Mahasiswa. Maka Mahasiswa punya hak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pilihanraya pada kali ini.

Ayuh, kita bersatu untuk berubah dan membawakan Harapan Baru Mahasiswa.

4 comments:

  1. cctv tu utk keselamatan lah.. memang dasar fitnah kate harapan tp akal pendek.. setakat terbawa dengan arus politik luar xyala.. mahasiswa idealis tak akan terjerit terpikik dan terlolong meraih simpati.. xde pn mahasiswa kat burhan di larang dari memakai baju warna kegemaran mereka.. semoga tuhan mengampunkan dosa dosa kamu..

    ReplyDelete
  2. bdk sabah...

    puiyoo smpi ada cctv plk..
    igt gm ni mo bunuh orang ka..palui..
    mo bkempen jak ba 2..
    kn kta dmokrasi..budu..byk telan buih sbun ka..
    ba,,,cau lu

    ReplyDelete
  3. Will You Marry Me?

    i'm looking for a man, must be a Malayian, single, married, a divorcee, or in relationship is not a problem, age 27-36, staying in Klang Valley,KL- Malaysia, honest in relationship, loving, in good health, able to communicate, no mental stress, not a drinker, must have a career, no financial problem, independent, no family problem, able to deal with sleeping alone at nite, DON'T WANT HEAVY COMMITMENT IN MARRIAGE..

    My name is Emmy 23/f/ Beach Of Melody, Kelantan Malaysia..i'm a student attending college of allied health science for occupational therapy for ministry of health malaysia. staying in Klang Valley, n independent, open-minded, spontaneous,friendly, passionate, loyal, helpful, curious, willing to make sacrifices, romantic, shy, peace-loving, sensitive, communicative, imaginative, in good health, no mental problem, love adventures, no financial problem, no kid, not a divorcee, not a pregnant woman, don't want to commit but i'm taking this marriage for a good reason...

    ReplyDelete