Wednesday, August 25, 2010

Salam Takziah Dari MAMPU

Front Membina Mahasiswa Penggerak Ummah atau akronimnya MAMPU merasa terpanggil untuk mengucapkan takziah kepada arwah seorang pelajar UKM yang telah meninggal dunia akibat terjatuh daripada tingkat 4 kolej pendeta za' ba UKM pada hari selasa lalu.Diharapkan supaya keluarga mangsa dapat bersabar atas segala musibah yang telah menimpa mereka.Justeru itu, MAMPU mengharapkan supaya semua mahasiswa/i UKM tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian tragis ini yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa sehingga siasatan daripada pihak polis selesai.

Monday, August 23, 2010

Ulang Tahun Penubuhan GMUKM


Tanggal 22 Ogos 2005 merupakan tarikh keramat tertubuhnya Gabungan Mahasiswa UKM. MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah) yang bergerak sendirian pada zaman sebelumnya mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama pimpinan tertinggi kumpulan gerakan mahasiswa kampus pada waktu itu dan akhirnya menggagaskan penubuhan GMUKM.

Antara front yang terlibat pada ketika itu ialah MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Sempena ulangtahun GMUKM, MPP Mahasiswa menyeru kepada seluruh mahasiswa kampus agar bersama-sama dengan GMUKM dalam usaha untuk memperjuangkan 3 dasar utama iaitu Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kebajikan semua mahasiswa/i tanpa mengira batasan agama dan kaum, nilai Keintelektualan dan keilmuan.

MPP Faiz yang ditemui berkata, perjuangan mahasiswa masih belum berakhir. Mahasiswa perlu terus berperanan untuk menambahbaik universiti.

"UKM dilihat menuju ke arah masa depan yang gemilang,namun tanpa kita sedari ada banyak perkara yang berlaku di sekitar kampus bertentangan dengan matlamat asal penubuhan UKM. Jadi, saya harap mahasiswa tidak sekadar 'kunci mulut' kerana itu yang 'mereka' mahukan. Kita mesti berani, jangan sempitkan skop ilmu",katanya.

"Jangan mudah tunduk dengan tekanan. Jadi mahasiswa yang betul-betul independen. Fahami dasar perjuangan dan teruskan gerakan perubahan. Saya rasa dah tiba masa untuk mahasiswa UKM berubah, beri ruang kepada GMUKM untuk memerintah. Kita bukan sempurna tapi kita akan cuba yang terbaik",kata MPP Syafiq.

Beliau berharap agar GMUKM terus mara ke hadapan memimpin mahasiswa mengikut acuan kebenaran dan keadilan.

sumber:GMUKM

Sunday, August 22, 2010

Gerakan Mahasiswa:Perjuangan Tidak PERNAH Henti





Dato’ Saifuddin Abdullah di dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’ menyatakan: “Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang tidak baik.

Walauapapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Oleh kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana sebagai sejarah dan penunjuk arah bagi pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.”

Sememangnya sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini jugalah yang merupakan pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. Jatuh bangunnya ummah di millennium mendatang banyak bergantung kepada kemandirian komuniti teras ini. Malah, frasa-frasa seperti ‘cream of the society’ dan ‘mahasiswa jurubicara masyarakat’ turut dicanangkan bagi menunjukkan keluhuran dan ke’gah’an masyarakat kampus ini.

Walaubagaimanapun, senario mutakhir ini menggamit lantas menuntut wibawa mahasiswa untuk mematangkan keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan ketrampilan syakhsiah. Pengalaman kepimpinan yang berteraskan kepimpinan futuristik perlu dibajai dan disuburkan di menara gading atas premis bahawa ianya sangat signifikan sebagai arca penentu jatuh bangunnya ummah di period seterusnya.